|
Majalah rasmi smk berangan, tumpat |

|
SEKAPUR SIRIH |
|
Assalamualaikum dan salah sejahtera, Terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah UNGGUL on-line kerana memberi kesempatan untuk saya menulis sepatah dua kata dalam ruangan ini. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita telah diberi kekuatan semangat dapat menerbitkan majalah ini secara on-line mulai 2007. Sesungguhnya majalah UNGGUL on-line merupakan manifestasi keutuhan semangat kolektif para guru, pelajar-pelajar dan seluruh warga SMK Berangan untuk menjayakan visi dan misi serta hala tuju sekolah yang telah direncanakan demi mencipta dan meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah. UNGGUL on –line menjadi wadah dan gelanggang serta ruang warga sekolah ini khususnya para pelajar merakamkan segala aktiviti akademik, kurikulum, hal ehwal pelajar dan pelbagai peristiwa sepanjang sesi persekolahan 2007 melalui internet. Pendokumenan maklumat secara global penting untuk cacatan kita sekaligus membuktikan keupayaan sebenarwarga sekolah menjayakan program dan aktiviti secara terancang. Bahan dan maklumat tersebut dapat menjadi sumber rujukan historeografi untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha menjana pelajar cemerlang, berktrampilan, seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak wawasan kemajuan Negara. Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru-guru dan Sidang Redaksi UNGGUL on-line dengan keiltizaman yang tinggi berjaya menerbitkan majalah ini, semoga kecemerlangan terus diteroka dan dikecapi bersama.
Sekian, terima kasih
“Potensi Digilap, Kejayaan Diraih” “Sahsiah Terpuji, Prestasi Gemilang”
TN. HAJI SAHIFUL BAHARI BIN ABDUL RAHMAN PENGETUA , SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN, 16210 TUMPAT, KELANTAN DARUL NAIM
|
|
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN, JALAN PADANG TEMBESU, 16200 TUMPAT, KELANTAN |
|
Sila hubungai kami : |
|
Phone: 09-7184166 Fax: 09-7184155 E-mail: ramo53@smkberangan.com |



